Alhamdulillah...akhirnya penulis dapat juga berkesempatan untuk melayari internet setelah hampir seminggu tidak berpeluang untuk menulis di ruangan ini. Ruang waktu yang tidak mengizinkan ditambah dengan masalah untuk mengakses internet di kolej menyebabkan penulis tidak dapat mengupdate berita semasa di internet.
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman penulis mengikuti program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program berlangsung selama 3 hari bermula pada 11-13 Disember 2008.
Perjalanan ke lokasi kem amat menjerihkan kerana penghawa dingin bas (bas sekolah) tidak berfungsi dengan baik. Setelah mengharungi perjalanan selama 3 jam, penulis dan lebih daripada 800 orang peserta yang lain berjaya menjejakkan kaki di Glory Beach Resort. Sebelum ini, penulis pernah mengikuti program anjuran Kolej 14 di sana (Kem Pewaris). Penulis ditempatkan bersama dengan Bad, Edy, Ramzul, Syed dan Fazhil Junior di dalam sebuah bilik (D6-7), agak jenuh mendaki tangga jika lif penuh. Penulis merasakan bahawa Glory Beach Resort hampir ditawan sepenuhnya oleh warga UPM. Pada malamnya selepas taklimat program, penulis tidur lebih awal daripada rakan sebilik kerana kepenatan selepas mengharungi perjalanan panjang yang memenatkan.
Pada asasnya, program ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai patriotisme dan kesedaran nasional melalui ceramah dan bengkel-bengkel kemahiran kepada para mahasiswa dan pemimpin-pemimpin pelajar setiap kolej. Melalui ucapan perasmian dan ceramah yang disampaikan, penulis dapat simpulkan bahawa nilai patritiosme wujud di mana-mana sahaja melalui setiap perbuatan yang kita lakukan dan terpulanglah kepada kita untuk mencernakannya untuk faedah diri, masyarakat dan negara. Jadi penulis menyeru kepada diri penulis dan para pembaca bahawa kita sebagai pewaris kepimpinan negara pada suatu hari nanti untuk kita belajar dari sejarah kerana sejarah mengajar kita tentang erti perjuangan dan susah payah nenek moyang kita dalam usaha untuk mengekalkan nikmat kemerdekaan dan keharmonian di Malaysia ini.
Selain itu, melalui penganjuran bengkel iaitu Bengkel Zapin, Bengkel Teater, Bengkel Kawad dan Bengkel Pertolongan Cemas, penulis dan rakan-rakan telah banyak belajar sesuatu. Pada mulanya, penulis berpendapat bahawa setiap bengkel yang diwujudkan tidak menyumbangkan sepenuhnya dalam penerapan nilai patriotisme dalam diri peserta, namun demikian setelah menyerap segala inti pati dalam ucapan perasmian dan ceramah, penulis telah membuka hati dan minda untuk berfikir dan menilai setiap aktiviti yang disertai secara positif dan terbuka. Hasilnya, penulis bukan sahaja boleh menari zapin, berkawad dengan "ikhlas", menjadi "mangsa kemalangan" dan mengepalai pementasan teater Kumpulan Akok bahkan penulis dapat membuat kesimpulan bahawa setiap elemen dan nilai dalam bengkel yang disertai perlu diterapkan dalam diri kita untuk persiapan dalam menempuh kehidupan bermasyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa yang memerlukan nilai dan sikap saling tolong-menolong, bersatu-padu, kerjasama dan juga menghargai warisan bangsa.
Sekian dahulu daripada penulis. Sehingga bertemu pada post yang berikutnya.
brape pratus peningkatan semngt patriotik yg diperoleh dr kem nie???
ReplyDeleteso,mu as pemimpin yg bersemgt patriotik nie dah g daftar lom??umo dah cukup 21 kan???
jgn lupe tanggungjawab mu as warga kuala t'ganu...
bln 1 nie buang undi kan???
goodluck 4 all!!
p/s: sesungguhnya agama itu asas, pemerintah itu pengawalnya, sesuatu yg tidak ada asas akan runtuh,sesuatu yg tidak ada pengawal akan menjadi sia-sia...
-:(petikan mukhadimah buku assiasah al sultaniah):-
peratusan semangat tidak penting tetapi kesedaran untuk mengekalkan semangat patriotik dlm diri itu lebih utama.
ReplyDeleteDah daftar baru2 nih..tapi x berkesempatan untuk mengundi kerana perlu 3 bulan tempoh masa bagi SPR mendaftarkan diri sbg pengundi sah.
kesedaran dalam diri yang lebih penting.. daripada kita hanya menunjuk2 @ hipokrit dengan menyatakan bahawa aku seorang yang patriotik..
ReplyDeleteRenung2kan & selamat beramal..
tahniah team malaysia menang AUG dgn 90 emas..
ReplyDeleteSemangat patriotik tidak salah, tapi jangan terlalu terpengaruh dengan fahaman nasionalisme yang melampau. Paling penting biar kita tinggi semangat Islamisme sebab nabi sampaikan agama bukan pada bangsa arab je.
ReplyDeleteBukan tokoh patriotik yang 5(mantan pm) sahaja yang perlu disanjung, tapi tokoh ulamak Islam ( Mat Kilau, ToK Kenali, Tok Ku Paloh, dll) yang memulakan perjuangan perlu dianggkat kerana mereka berjuang sehingga menderam di penjara dan dibunuh. Mereka sanggup menukar sebuah kemerdekaan dengan nyawa sendiri.
Penulis bersetuju...pandangan penulis ia perlulah bergerak seiring agar saling melengkapi antara satu sama lain.
ReplyDelete