Penulis dilantik sebagai Program Coordinator bersama-sama Ex-Officio (Bad & Chip) dan rakan-rakan senior dalam MT MTM (Khairul, Daus, Sab, Diyana) Kem ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
Fasa 1 : Persediaan Kertas Kerja
Fasa 2 : Team Building
Fasa 3 : Pemurniaan dan Family Days
Sebelum Fasa 2 berlangsung, penulis dan rakan-rakan peserta kem berpeluang mengikuti program Wawasan Desa IPT anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Felda Pasoh 4, Negeri Sembilan. Di sana banyak input dan perkongsiaan berguna yang penulis dapat timba sepanjang 4 hari di sana. Insyaallah pengalaman di sana penulis akan ceritakan pada post yang lain.
Sambutan Hari Lahir yang ke 21
Setiap Fasa menyajikan pengalaman, panduan dan kenangan manis kepada penulis. Insyaallah penulis akan coretkan pada masa yang lain. Namun, antara pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh penulis adalah pada sambutan hari lahir penulis pada tepat jam 12.00 tengah malam pada 12 November. Prang yang menjadi dari rakan-rakan. Sebelum penulis dikenakan dengan teruk pada malam itu, pada sebelah paginya diadakan acara pemulauan sistematik. Sesiapa yang mendekati dan bertegur-sapa dengan penulis akan digelar "pengkhianat" dan "pembelot". Penulis sendiri tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan kedua-dua istilah itu. Namun demikian tiada seorang pun yang ingin merungkaikan persoalan demi menjayakan pemulauan itu. Antara yang terkena tempias gelaran itu adalah Fazhil (S/U Agong) dan Presiden sendiri.Kebetulan pada sebelah malam (10/11/08) penulis menemani Bangas (felo) ke Kem Pekasa di Hulu Langat. Pada awalnya penulis meminta izin untuk keluar daripada Khairul (Presiden MTM Kolej) dan Edy (Pengarah Program) seperti mana yang disyaratkan oleh undang-undang kem. Keadaan yang tidak mengizinkan penulis untuk pulang ke kolej seperti mana yang dijanjikan Namun, merasakan diri bersalah dengan rakan-rakan peserta lain yang tidak mengetahui bahawa penulis telah ke sana dan bermalam di sana menyebabkan ketidakpuasan hati mungkin timbul di kalangan mereka menyebabkan penulis tidak mendapat "layanan" seperti biasa dengan rakan-rakan peserta kem. Menambahkan nasib malang penulis, handset (Maxis) kesayangan penulis pula hilang tanpa dapat dikesan. Sikap tidak cakna dari rakan-rakan apabila penulis bertanya menyebabkan penulis benar-benar merasakan diri keseorangan.
Seperti biasa, setiap malam akan diadakan ritual penyerahan tugas penghulu dan sesi post mortem. Oleh kerana penulis tidak berpeluang mengikui sesi post mortem pada malam sebelumnya, penulis hanya mengikuti sahaja kerana ritual penyerahan tugas diadakan di dalam bilik ICT manakala post mortem (di laman Dewan Putra)
Seperti biasa Presiden bersama-sama Pengarah Program dan Ketua Aktiviti (Bad) mengendalikan sesi itu. Penulis hanya menjadi pemerhati dari jauh manakala peserta-peserta lain berkumpul di hadapan menghadap "orang-orang kuat" program. Setelah sesi dimulakan terdapat beberapa komen dari peserta yang mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan seorang MT yang dikatakan tidak mengikut peraturan program. Pada awalnya penulis berpandangan bahawa MT yang dimaksudkan bukannya penulis. Namun hati ini tersentap dan terkejut apabila Mawi (nama sebenar HASMAWI) tiba-tiba menyebut nama penulis secara terus tanpa segan dan silu. Terpana sebentar penulis lalu mengenangkan peristiwa di siang hari yang dilalui penulis (pemulauan) Hmm...menarik nafas sebentar untuk menjawab tuduhan itu, namun tiba-tiba penulis diserang pula oleh Syed, Reza, Sing Siaw;dia ni pon serang gak, Lutfi (kesemua adalah nama panggilan penulis kepada mereka).
Setelah mendengar segala tuduhan-tuduhan daripada mereka lalu penulis merasakan bahawa tiba masanya bagi penulis untuk menangkis hujah-hujah mereka. Penulis dipanggil ke hadapan menghadap mereka semua bagi menjelaskan perkara sebenar. Tapi, setelah dijelaskan masih lagi terdengar kata-kata ketidakpuasan hati mereka sehingga Pengarah terpaksa campur tangan bagi meredakan suasana yang tegang. Baru sahaja penulis ingin menjelaskan sesuatu, satu hentakan keras hinggap di belakang penulis, kemudian hinggap pula di kepala dan badan penulis lalu disertai nyanyian lagu Happy Birthday menyebabkan penulis terkesima mengingatkan bahawa penulis telah terkena PRANG dari kawan-kawan. Kali terakhir penulis dikenakan apabila menjadi mangsa panggilan hangit oleh Fara Fauzana. (terima kasih Khairul, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila)
Setelah beberapa ketika dihujani peluru telur (redha dikenakan), rakan-rakan yang lain membawa sebiji kek yang comel untuk ditiup lilinnya. Penulis hampir-hampir kehilangan nafas untuk meniup kesemua lilin disebabkan masih terkejut. Disusuli dengan satu bungkusan empat segi yang diberikan oleh Diana. Hmm...dari jauh penulis dapat mengagak bentuk bungkusan ini lalu penulis terus mengeluarkan handset lain (Celcom) lalu mendail nombor maxis penulis. Sah, jangkaan penulis sebelum ini tepat apabila bungkusan itu bergerak-gerak. Aduhh...akhirnya penulis mendapat hadiah hari lahir, hadiah yang sudah menjadi milik sendiri sebelum ini. (handset Maxis)
Kemudian, penulis dan rakan-rakan menyambut hari bersejarah ini dengan penuh kegembiraan. Kini tiba pula giliran penulis untuk mengenakan mastermind dalam sambutan ini. (Khairul, Bad, Edy) Akhirnya mereka berjaya dilumurkan dengan sisa kek yang tinggal. Perang saudara berlaku di dalam bilik ICT dan bernasib baik gencatan senjata dipersetujui bersama dalam masa yang singkat. Namun demikian, Lutfi, Syed, Sing Siaw dan Shahmi terselamat menjadi mangsa peperangan kerana mereka menjadi pelarian.
Sesungguhnya, pengalaman sambutan ini tidak akan dilupakan oleh penulis. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakan PRANG ini. Lakonan kalian amat baik sehingga hampir tidak dapat dikesan oleh penulis (lakonan Sing Siaw dan Lutfi hampir tidak menjadi kerana mereka berdua asyik tersenyum dan sebelum ini tidak agresif dengan penulis tiba-tiba menjadi agresif pada malam itu) sehinggakan penulis tidak berupaya menangkis dengan baik serangan dari kalian. Semoga sambutan ini tidak hanya meninggalkan kenangan kepada penulis bahkan dapat dikongsi dengan rakan-rakan semua.
p/s : Pada hari kejadian, Daus, Chip, Sab dan Mei Theen tidak berada bersama-sama kerana menjadi urusetia Kem Pekasa.
hehehe
ReplyDeletemmg pengalaman yg besh
sian tgk org tu sgt lonely pd hari kejadian
dan thniah ah kpd pelakon2 terbaik utk mnjayakn hr tersebut
yg sesgghnyer bknlah name2 sebenar yg d nyatakn
hehehe
Fikri(bkn name sebenar) sebenarnyer tlah memberi hujah2 yg sgt bernas hgge xdpt d sgkal, d tmbah dgn muke ala2 kesian, menyukarkn lakonan sggh!huhu
berjaye jugak kami mem'prank'kn abg fik(bkn name sebenar)!
perhatian...pembelot!hehehe
kehadapan penulis..
ReplyDeletexbyk y bleh dkatekn
kecuali..
pdn muke=D
and
hepy bday..
sowi la wess...
ReplyDeletekwn2 sume...
ak x pndai belakon ...
bkn senang belakon nk benci org tmbh2 fik sorg nih..
kdg2 ak lak yg jd 'pmbelot'..
tesalh tego la...
aisyehhhhh!!!
tp nk wat cmne..
ak bole ckp....
padan muke jek!!!
huhuhu...
ReplyDeletewakenabeb!!!!
isk3..kasehan sama sekali wahai adik syayer.. =P
ReplyDeleteishh...hebat program "prang". kenape pulak sy tak ade?!...slah satu kekesalan hidupku nih... =(
ReplyDeletehoo0..sedap btol korang nih mengomen..nanti kalau kena cam tu baru tau..
ReplyDelete