Assalamualikum dan salam sejahtera...
Sedikit coretan dariku...
Balik Kampung
Alhamdulillah...penulis akhirnya tiba juga di kampung halaman pada 6/6/09 setelah hampir sebulan berkampung di UPM sedangkan ketika ini cuti semester telah bermula. Penulis tidak perlu bersusah payah untuk membeli tiket bas kerana penulis menumpang kereta Along yang kebetulan ada di Kuala Lumpur. Kedatangan Abang Lan, Kak Ina, Syafikah dan Syakila memeriahkan suasana balik kampung kali ini. Kesempatan yang ada dihabiskan masa untuk bermain dan menjaga si budak comel, Syakila.Penulis juga berharap dapat menghabiskan bacaan novel-novel yang diperoleh daripada seorang rakan dan yang dipinjam daripada Cipot.
Projek Tahun Akhir
Penulis bersyukur kerana persiapan untuk projek iaitu menyediakan soalan-soalan kaji selidik telah berjaya disiapkan. Idea yang datang mencurah-curah semasa proses penghasilan soalan banyak membantu dalam menyiapkan soalan dalam masa yang terhad. Terima kasih juga kepada Dr. Nitty, penyelia projek yang banyak membantu dalam memperbetulkan dan memurnikan soalan-soalan yang dihasilkan. Selepas ini, penulis perlu bekerja keras untuk menyiapkan projek di kampung halaman pula. Kepada rakan-rakan yang lain, selamat menjalankan projek masing-masing. Hadapi segala dugaan dengan senyuman.
Majlis Perwakilan Pelajar
Ketika ini, MPPUPM menganjurkan program Berilmu Berbakti 2 di Kolej 13. Program ini berbentuk kem motivasi untuk pelajar sekolah rendah yang bakal menghadapi UPSR. Namun demikian, penulis hanya berkesempatan untuk bersama-sama dengan adik-adik selama 1 hari sahaja disebabkan terpaksa pulang ke kampung halaman. Selain itu, MPPUPM juga mempunyai program utama yang akan dilaksanakan pada semester hadapan. Program yang dinamakan "Satu Hati, Satu Inspirasi" (SEHATI) ini mendapat kerjasama daripada KPT dan KBS dan akan berlangsung pada bulan Julai dan Ogos kerana program ini mempunyai 3 fasa perlaksanaan. Penulis diamanahkan untuk membantu Shidi, Pengarah Program.
Selain membuat perancangan program semester hadapan, MPPUPM juga telah menggerakan jentera kebajikan semasa cuti di mana setiap MPP fakulti dan bebas akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama dengan pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) yang berkaitan. Insyallah, segala cadangan penambahbaikan untuk kebaikan pelajar telah diusulkan kepada pihak yang berkaitan.
Penulis juga berkesempatan untuk menghadiri Konvensyen MPP Kebangsaan di UTHM di mana perkongsian ilmu dan pencambahan idea dijalin. Selain mendapat pengalaman baru, penulis juga berkesempatan untuk mengukuhkan networking melalui jalinan persahabatan dengan rakan-rakan MPP di seluruh negara. Antara pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah mengimbas kembali peristiwa kekeliruan yang dihadapi oleh rakan-rakan penulis dalam membezakan Fahmi dan Fikri. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Fahmi merupakan abang penulis yang juga merupakan ahli MPPUIA.
barisan MPPUPM
bersama Dato' Saifudin Abdullah
Sekian untuk kali ini.
Maaf mencelah. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk umat Islam.
ReplyDeleteSabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
View Profile: Rantong™
Kembar ke tu?
ReplyDeleteyup..pak ngah dpt beza kan x??
ReplyDeletekembar yg mbanggakan..tahniah pd pakcik samsuddin kerana dpt anak2 yg cmerlang..
ReplyDelete