Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, pada kali ini penulis dapat meluangkan masa untuk menulis setelah sekian lama bercuti. Bukan niat di hati untuk 'berehat' lama dari menulis, tapi atas beberapa faktor tertentu menyebabkan penulis tidak berpeluang meluahkan sesuatu untuk tatapan pembaca.
Suasana Pemilihan
Pemilihan MPP UPM sesi 2008/09 masih lagi segar dan panas dikatakan. Penulis mendapati hampir di mana-mana sahaja warga kampus membincangkannya. Sejak hari pendaftaran calon pada 14/01/09 sehinggalah pemakluman keputusan pada 19/01/09 bersamaan dengan hari pembuangan undi, pemilihan kali ini tetap menjadi tumpuan dan fokus utama. Penulis juga tidak terkecuali melibatkan diri dalam pemilihan kali ini apabila memohon untuk menjadi calon. Alhamdulillah, dengan keizinanNya, penulis dapat bertanding sebagai calon bebas dan dipilih sebagai ahli MPP.
Tidak dinafikan, kemeriahan dan suasana pemilihan agak berbeza dengan tahun-tahun lepas. Antara yang ketara adalah kemalapan perang poster, tempoh berkempen yang singkat dan tiada rapat umum secara bebas. Walaupun mendapat tentangan dari sebahagian pihak, namun penulis berpendapat bahawa terdapat pro dan kontra di sebalik pelaksanaanya. Beberapa peraturan baru diwujudkan untuk memberi peluang dan ruang kepada bakal-bakal calon dan pemimpin MPP untuk mengadaptasinya dengan seberapa segera. Setiap perubahan sukar untuk diterima dan memerlukan masa untuk disesuaikan dengan keadaan semasa serta setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Penulis berharap agar pemilihan pada sesi akan datang, pihak Universiti akan mengambil kira pandangan umum dan mengkaji kelemahan yang timbul supaya pemilihan pada masa depan lebih baik dan bebas dari kontroversi.
Secara peribadi, penulis ingin memberikan kredit kepada Jawatankuasa Audit (JA) yang mengawal sistem e-undi dalam pemilihan kali ini. Penulis berpeluang menyaksikan pengendalian sistem ini yang dilakukan secara telus dan sedikit sebanyak pemilihan di setiap zon berjalan dengan lancar dan baik.
Pro-Aspirasi vs Pro-Mahasiswa
Kewujudan kem Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa juga sedikit sebanyak menghangatkan suasana. Pelabelan calon sebagai Pro-Aspirasi ataupun Pro-Mahasiswa menjadikan suasana pilihan raya kampus lebih menarik dan matang. Secara peribadi, jika hendak melihat kematangan dan kebebasan politik kampus, ia hendaklah bebas daripada sebarang pengaruh pihak luar. Biarlah pelajar-pelajar di universiti memikirkan sendiri corak, ideologi dan falsafah perjuangan sendiri. Biarlah politik kampus benar-benar tulen dalam ruang lingkup politik mahasiswa tanpa sebarang elemen dan unsur yang boleh dikaitkan dengan mana-mana pihak ketiga. Penentuan hala tuju perjuangan ahli-ahli MPP dan mereka yang berpolitik dalam kampus perlu ditentukan sendiri oleh mereka. Pada masa yang sama juga, sebarang tindakan dan usaha yang dibuat perlulah berdasarkan peraturan Universiti dan AUKU itu sendiri. Dengan demikian, MPP dapat bergerak dengan jayanya dalam memperjuangkan kebajikan pelajar.
Namun begitu, jika kumpulan-kumpulan tertentu ini masih perlu diwujudkan, biarlah kumpulan ini berjuang dengan prinsip, ideologi dan falsafah mereka sendiri tanpa dibayangi mana-mana pihak. Jika disebut sahaja Kumpulan A, akan terbayanglah perjuangan mereka demi manifesto yang telah dijanjikan dalam kempen pemilihan kampus. Pada masa ini, fokus setiap ahli MPP yang telah dipilih perlulah mengutamakan kepentingan umum melebihi kepentingan peribadi dan meletakkan batu asas kebajikan pelajar sebagai perjuangan utama mereka sebagai 'wakil rakyat' kampus UPM.
Bagaimanapun, sekiranya seorang kita telah menamatkan pengajian dengan jayanya, tidak ada halangan untuk mereka mengembangkan karier politik mereka di luar. Terpulanglah ke arah ideologi politik mana yang mereka hendak ikuti sejajar dengan prinsip politik demokrasi itu sendiri.
Penghargaan
Walaupun penulis masih setahun jagung berkecimpung dalam dunia politik kampus, namun ia sedikit sebanyak mengajar penulis erti kehidupan sebenar. Sesungguhnya, sekelumit pengalaman yang ditimba ini tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit.
Di kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penulis terutamanya Saudara Khairul Anuar, pencadang bagi penulis yang banyak berkorban masa, wang dan tenaga membantu kemenangan penulis. Tidak lupa juga kepada Akram, Che, Sing Siaw dan Odin yang meminjamkan masa mereka menemani penulis berjumpa dengan para pengundi.
Ucapan terima kasih kepada rakan-rakan MTM Kolej 14 yang banyak membantu menyebarkan 'propaganda'. Abah, Mama, Angah, Along, dan Boy yang banyak mendoakan kejayaan penulis. Tidak dapat dinafikan, para pengundi di kubu kuat penulis di Kolej Serumpun juga banyak membantu. Begitu juga kepada pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Penulis juga ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan dan mahasiswa UPM yang sudi mengundi penulis dan mendoakan kejayaan penulis serta mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pemilihan kali ini. Sesungguhnya hanya Tuhan yang dapat membalasnya.
Harapan
Sekali lagi penulis ingin berpesan kepada diri penulis dan rakan-rakan yang bakal menjawat jawatan dalam MPP, kita harus memperbetulkan niat utama kita iaitu kesediaan untuk memikul beban dan amanah serta harapan mahasiswa. Kita dipilih untuk memastikan 'suara' mereka agar dapat didengari dan masalah mereka dapat diselesaikan. Oleh yang demikian, penulis mengharapkan respon di kalangan pembaca. Sebarang komen, cadangan, kritikan membina, pandangan dan maklum balas dari rakan-rakan pembaca amat penulis hargai untuk memperbetulkan diri dan sekumpulan mahasiswa yang bergelar Ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Putra Malaysia.
Sekian dahulu. Terima kasih.
p/s : Insyallah penulis akan memaparkan keputusan rasmi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar pada post akan datang.
tahniah atas kejayaan memenangi kerusi calon bebas mpp 08/09.
ReplyDeletesukar untuk menakrifkan maksud politik kampus, hanya orang yang melaluinya saja akan mengetahui.
insya Allah, untuk kali ketiga seorang bekas presiden mtm kini bergelar mpp.
gunakan segala ilmu yang ada untuk memperjuangkan setiap perkara. banyak cabaran yang akan dilalui tapi dengan pengalaman yang ada, insya Allah you will achieve greatness.
Untuk mantan2, selain dari tugas kami telah jadi lebih seperti keluarga, amanah and professionalism akan mencorak apa orang akan berkata tentang kita.
gd luck!
perenggan 5, maksud amanah and professionalism rujuk pada diri kita bukan mantan.
ReplyDeletethanks.
salam,
ReplyDeletetahniah dan takziah atas amanah yang berat telah dipikulkan di bahu penulis. harapan semoga penulis mampu memperjuangkan dan tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh mana-mana pihak. segala komen dan persepsi penulis diharap dapat dirungkaikandengan lebih optimistik terutama sekali berkaitan dengan kumpulan yang tertentu yang dikatakan dipengaruhi oleh orang luar seperti dalam posting penulis. sebenarnya, apa yang kita nampak tidak seperti apa yang kita fikirkan. ia perlu di kaji dan di analisa dengan fikiran yang lebih realistik. jangan terlalu taksub dengan 'kata orang' kadang2 'kata orang' sebenarnya memanipulasi pemikiran dan diri kita. harap dapat berfikir dengan hati yang kudus. smg Allah membuka mata hati penulis...
p/s jgn salah tafsir apa yang cuba disampaikan oleh saya. bukan bermaksud untuk memihak kepada sesiapa.
~first of all i wanna wished congrats...
ReplyDelete~with greater power comes a heavy responsibilities....
~hopes u can fulfilled whatever promises that u have made before the election itself...
p/s:hopefully da mpp can brings up about da probs faced especially the facilities itself...
jalan kat upm is da worse.... xkkn smpai nk ader org mati eksiden baru dorg nk turap jln tew??? duit bebyk dpt bwatpe??? gi joli sakan ajeker pentadbiran upm nieh???
~no offence, dats da truth abt it then...
nway congratz coz jd MPP
ReplyDeletebkn mudah nk pikul tanggungjawab as MPP
yg paling penting nawaitu kena jg
byk dugaan dan cabaran akn bakal kamoo hadapi
nway gud luck..byk pengalaman menarik yg bakal kamu dapat...huhuhu
Ni pulak pendapat aku pasal pilihanraya yg lepas...
ReplyDeleteMy campus election experience…