add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Saturday, January 3, 2009

Palestin diserang : Peranan Mahasiswa?

Ketika dunia meriah menyambut tahun baru 2009, rakyat Palestin sekali lagi diserang Israel di Gaza, menyebabkan ramai terkorban. Namun, seperti biasa dunia, termasuk badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengambil tindakan konkrit untuk menyekat keangkuhan Israel yang didokong Amerika Syarikat itu.

Masyarakat antarabangsa pula meluahkan perasaan mereka melalui demonstrasi di seluruh dunia melaung-laungkan suara keamanaan dan kebebasan kepada Palestin. Bantahan anti Israel turut disaksikan di Jakarta dengan berpuluh ribu rakyat Indonesia berdemonstrasi di Jakarta. Beribu-ribu lagi mengadakan tunjuk perasaan di Afghanistan dan lebih 4,000 penduduk Muslim Sydney turut mengadakan tunjuk perasaan manakala beratus-ratus Muslim membakar bendera Israel di kawasan Kashmir ditadbir India.

Di Malaysia juga tidak terkecuali. Penulis percaya hampir di seluruh negara mengadakan demonstrasi aman dan mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin dari keganasan rejim Zionis. Begitu juga yang berlaku di universiti-universiti hasil usaha mahasiswa yang mempunyai kesedaran berkaitan isu ini. Terbaru, bantahan dan ketidakpuashatian ke atas kekejaman rejim Zionis disuarakan oleh mahasiswa UTM. Sebelum ini di UM juga diadakan program berkaitan atas membina kesedaran dalam membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin.

Namun demikian, penulis agak terkilan kerana kampus penulis, UPM, masih lagi belum mengadakan rapat umum bagi menunjukkan kesepakatan dan kesedaran mahasiswa berkaitan isu ini. Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa demonstrasi bukan jalan yang terbaik dan berkesan dalam menyelesaikan sesuatu perkara, tetapi penulis melihat bahawa nilai positif jika acara seperti ini diadakan adalah ia dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan dan tanggungjawab mereka dalam isu kemanusian seperti ini. Isu ini bukan hanya perlu diketahui oleh mahasiswa beragama Islam sahaja, namun mahasiswa berlainan agama juga perlu cakna dan sentiasa mengikuti perkembangan kekejaman Israel ke atas Palestin setiap masa.

Selain itu juga, perkumpulan seperti ini dapat menzahir dan menjuruskan doa untuk kesejahteraan masyarakat Palestin dengan harapan agar rejim Zionis dapat ditewaskan dan negara merdeka Palestin dapat ditubuhkan seterusnya dapat mengakhiri azab dunia rakyat Palestin. Semoga melalui demonstrasi ini juga dapat menyatukan masyarakat kampus tanpa mengira bangsa dan agama dalam mendokong perjuangan rakyat Palestin memperjuangkan hak-hak mereka yang telah menjangkau usia hampir 60 tahun untuk membebaskan diri dari cengkaman Israel.

Oleh itu, penulis menyeru persatuan-persatuan, MTM kolej-kolej dan gerakan-gerakan mahasiswa UPM agar bersatu mengembleng tenaga dalam usaha mengadakan rapat umum bagi menyatakan bantahan dan bersuara di atas apa yang telah berlaku. Lakukanlah ia demi prinsip kemanusiam sejagat. Semoga apa yang kita lakukan ini walaupun tidak memberi impak yang besar namun dapat memberi kesedaran bahawa nilai kemanusiaan perlu ditegakkan dalam dunia yang penuh noda ini.

Peranan kita
1) Boikot barangan Yahudi
2) Melakukan solat hajat dan berdoa kepadaNya
3) Sentiasa mengambil cakna isu Palestin
4) Menyampaikan kepada rakan-rakan yang tidak tahu
5) Jangan berpecah-belah kerana salah satu punca Palestin dijajah

Sebarang komen, pandangan dan maklum balas berkaitan isu ini amat dihargai.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...

    semoga sihat sokmo sahabat lameku...
    alhmdllh, aku berpeluang merasai kehangatan salah satu demonstrasi bantah kekejaman israel kat dublin, ireland...amat2 mengharukan apabila laungan takbir dan doa 'hasbunallah wani'mal wakiil' berkumandang di bumi negara org bukan islam ni...ramai rakyat tidak kira bangsa dan agama sama2 menunjukkan bantahan...malahan rakyat2 tempatan (irish) yg bkn islam amat2 bersemangat membela nasib umat islam di gaza...mungkin lebih bersemangat drp kebanyakan remaja2 islam kite di malaysia..wallahu'alam...
    tp alhmdllh masih ade pemuda2 mcm fikri masih cekal membela palestine...maybe bole cdgkn kat surau2@masjid2 kat uni supaya buat qunut naazilah stp kali solat berjemaah...jika ada kapasiti, molek kalo organize exhibition ttg palastine...tp at least kite same2 doakan mereka di sana...

    wassalam

    sahabat lame yg kejauhan
    -xemi-
    dublin, ireland..

    ReplyDelete
  2. salam sahabatku di dublin...

    ak kat cni blom lagi dpt merasai join himpunan aman. cume kt surau ade la wat solat hajat. Insyallah nnt akan diusulkan kpd pihak pengurusan UPM utk wat prhimpunan awam nih kt cni. moga2 dpt kesedaran dr rakan2 mahasiswa laen hendaknnya.

    all da best kat sane. moga2 nnt leh brkhdmat di bumi Mlysia pula.

    semoga brjumpa lagi. salam

    ReplyDelete
  3. Isu Palestin adalah isu ummah. Pada peringkat pimpinan mahasiswa, kita cuba melakukan yang terbaik dan mempergiatkan usaha seperti kutipan tabung derma, edaran risalah dan tayangan video Palestin.

    Biarpun berada dalam keadaan persekitaran yang kondusif, mahasiswa seharusnya lebih responsif dengan isu semasa.

    Kesimpulannya di sini, saya ingin mengingatkan bahawa keselamatan Al Aqsa adalah bawah tanggungjawab kita. Jangan berharap pada musuh untuk jaminan keselamatan masjid suci kita. Jika kita berharap kepada Amerika, samalah seperti mengharapkan pencuri untuk menjaga rumah kita. Tiada yang bermanfaat. Ayuh mahasiswa, bangkitlah.

    NUR AQILAH HANIS MOHD YUSOFF,
    Exco Akademik & Kerjaya,
    Majlis Perwakilan Pelajar 08/09,
    Universiti Pendidikan Sultan Idris.

    ReplyDelete