add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Thursday, October 1, 2009

Misi Menakluk Jepun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, penulis telah terpilih untuk mewakili UPM ke International Student Summit pada 2-11 Oktober 2009 di Tokyo University Agriculture (TUA), Setagaya Campus, Tokyo, Jepun.

Tokyo University of Agriculture

Secara ringkasnya, program ini merupakan anjuran TUA setiap tahun bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari setiap negara yang menyertainya untuk berkumpul dan bertukar pendapat mengenai isu pertanian global dan krisis yang dialami dunia.

Penulis akan membentangkan kertas kerja bertajuk Agriculture Extension and Its Roles in Ensuring Food Safety, Quality and Productivity in Malaysia. Bersama penulis ke sana adalah Ketua Jabatan Perniagaantani dan Sistem Maklumat, Fak. Pertanian, Prof. Zainal dan Alia Farhana, pelajar tahun 3 BSP. Mereka berdua juga akan membentangkan kertas kerja di sana.

Menariknya, sebelum impian penulis ini tercapai, penulis mempunyai beberapa orang rakan daripada Fakulti Pertanian yang telah berpeluang ke TUA untuk mengikuti program yang telah masuk tahun ke 9 ini. Antaranya, Ajib, Fahmi (senior SMKB), Firdaus (Shasha, ex-Presiden MTM KOSSAS) dan Zam (ex-Presiden MTM K16). Penulis hanya mendengar pengalaman dan melihat gambar-gambar kenangan mereka sepanjang berada di sana. Alhamdulillah, rezeki daripada ALLAH SWT yang mahu memberi peluang kepada penulis untuk merasai sendiri pengalaman mereka akhirnya tercapai. Mungkin juga penulis mendapat 'tulah' daripada mereka dan akhirnya penulis pula berpeluang untuk ke sana.

ISS kali ke 8

Insyallah, jika mempunyai ruang dan kesempatan, penulis akan berkongsi pengalaman sepanjang 9 hari di sana dalam KEMBARAKU ini.

Tunggu tulisan berikutnya.

http://www.nodai.ac.jp/cip/iss/index.html


p/s: akan ku takluk Jepun sebagaimana mereka menakluk Tanah Melayu ketika dahulu~~

2 comments:

  1. Selamat pergi dan selamat kembali..all d best..

    ReplyDelete
  2. congratulation..
    Fik n Alia hrapan gnerasi kte..
    truskan usha..
    Chayok2

    ReplyDelete