Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari kedua merupakan hari orientasi kepada peserta ISS di mana kami diminta untuk memperkenalkan diri masing-masing. Kemudian kami diberi penerangan oleh Dr. Fujimoto Akimi, Pengerusi ISS & ICEP mengenai kampus TUA dan sejarah ISS. Program berikutnya ialah perbincangan berdasarkan sesi setiap pembentang. Sesi ini berakhir sehingga lewat petang. Alhamdulillah, penulis sempat menunaikan solat jamak takhir walaupun waktu solat dan keadaan sekeliling adalah berbeza di Malaysia.
Penulis juga berpeluang berkongsi dengan rakan-rakan dari negara lain mengenai Islam, solat dan puasa. Berdasarkan pemerhatian penulis, mereka berminat untuk mengetahui Islam kerana mereka melihat Islam begitu unik berbanding dengan agama lain. Kebanyakkan rakan penulis dari Jepun tidak menganut sebarang agama.
Prof. Dr. Zainal
....
Permainan teka-teka...
Sesi Pembentangan
Setelah sesi perbincangan kumpulan tamat, penulis, Alia, Takeishi dan Ito ke Nodai Street untuk makan malam di Tapasu. Pada sebelah malamnya, Takeishi membantu penulis dalam membuat persediaan untuk pembentangan.
sempat menonton perlawanan bola keranjang sebelum makan malam
Restaurant TAPASU
Seafood Pizza a.k.a roti canai + pizza~~ SEDAP
cm best je pizza tu.. letak la gmbr byk lg!
ReplyDeleteT_T pizza tu cm sedap..takeishi tu sapa??ensem x??hihi!
ReplyDeleterumate : piZa tuh mmg sedap~~ak da letak gmbr byk2 da..~~wawa
ReplyDeletecipot : sedap2..hensem2...tgok la dlm gmbr tuh.wawa~~