Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah...bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana segala penat lelah dalam merancang untuk menjayakan program Mahasiswa 1 Malaysia siri pertama iaitu Mahasiswa bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Perasmian Mahasiswa 1 Malaysia dapat direalisasikan dengan baik.
Penghargaan
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPM dan ahli jawatankuasa pelaksana kerana menerapkan elemen dan nilai 7K dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan juga kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan dan tidak dilupakan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Kediaman.
Pengisian Program
Program yang berlangsung pada 17-19 Julai 2009 mempunyai pengisian yang menarik dan seimbang antaranya sesi dialog bersama YB. Menteri Belia dan Sukan, pembentangan kertas kerja, ceramah, perbincangan meja bulat, siaran langsung program bual bicara Generasi Y RTM, pengisisan kerohanian melalui slot ESQ, pameran agensi kerajaan dan aktiviti outdoor games seperti paintball dan wall climbing.
7 Nilai Mahasiswa Satu Malaysia
Universiti adalah cerminan kepada 1 Malaysia. Namun demikian, penulis berpendapat bahawa usaha ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya golongan mahasiswa sendiri tidak mempunyai KESUNGGUHAN dan KESEDARAN untuk memahami secara tuntas konsep 1 Malaysia. Jika golongan mahasiswa sendiri belum mempunyai sifat KEIKHLASAN untuk berubah, maka penulis bimbang KESEPADUAN antara kaum tidak dapat dicapai secara kolektif. Natijahnya, KESABARAN dan KETABAHAN dalam mendepani segala cabaran dan rintangan perlulah ditempuhi secara bersama agar masyarakat kampus yang bersatu padu dan harmoni dapat diwujudkan sekaligus dapat melestarikan semangat perpaduan nasional. Kesemua nilai-nilai murni ini perlu diberi penekanan dan ianya tidak akan lengkap sekiranya mahasiswa tidak menghargai nikmat yang diperolehi. Jelas di sini bahawa KESYUKURAN dapat menunjukkan nilai jati diri kita sebagai rakyat Malaysia.
Harapan
Melalui penganjuran program ini, penulis berharap golongan mahasiswa dapat mendapat input yang berguna mengenai konsep 1 Malaysia melalui pembentangan kertas kerja dan ceramah yang disampaikan. Penulis juga yakin dan percaya para peserta dapat memahami peranan dan cabaran yang perlu ditempuhi oleh mahasiswa dalam bersama-sama menjayakan konsep 1 Malaysia dalam konteks Mahasiswa 1 Malaysia. Justeru, penulis berharap agar mahasiswa dapat menjadi agen dalam menyampaikan hasrat dan merealisasikan tujuan murni agar kefahaman masyarakat dapat dijelaskan dengan sebaik yang mungkin.
Penulis berpendapat bahawa program ini dapat merealisasikan harapan 1 Malaysia di mana seluruh masyarakat mahasiswa boleh memberikan pandangan, mencambah idea dan mengatur strategi berkesan atas nama kepentingan nasional. Kami golongan mahasiswa mahu agenda keintelektualan dijadikan sebagai teras perjuangan. Diharapkan agar pihak kerajaan dapat mengiktiraf dan meraikan suara kami, MAHASISWA 1 MALAYSIA
salam..tahniah! anda dilihat begitu bersemangat sewaktu menerangkan apa itu Mahasiswa 1Malaysia di dlm progrm Generasi Y yg lepas. semoga usaha anda dapat di realisasikan dgn jayanya.. all the best!
ReplyDeletethanks....
ReplyDeletefik pon xtau tibe2 smgt tuh dtg...padahal sblom stat mmg cuak gile. hehe
wah..teruja seketika tgk tv1..hee~
ReplyDeletexpe..bagusla mcm tu fik..
ReplyDeleteyg pntg "smgt"..
barulah org lain dpt amik "feel" ngan program ni..haha.
pe2 pun gud luck yek. yakin boleh! =p
Firdaus UTHM. Bole bg tau tarikh Siri ke 2 n ke 3 tak?...
ReplyDeleteSiri ke 2 pada 31 Julai 2009 - 2 Ogos 2009. Zon Utara (UUM), zon Selatan (UTeM), zon timur (UMK)
ReplyDeleteSiri ke 3 pada 14-16 Ogos di UPM