Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini merupakan hari terakhir penulis berada di rumah sekaligus menamatkan percutian 'panjang' penulis sejak 6/6/09. Cuti pada kali ini banyak memberikan pengalaman dan cerita menarik untuk dikongsi kepada semua.
Antaranya adalah :
1) bersama keluarga dan makan masakan mama (fav: budu, ikan bakar, ulaman, ikan singgang)
2) sambutan ulang tahun abah ke-50 dan majlis kesyukuran (dapat jumpa saudara-mara)
3) BBQ di Belukar Bukit, Kuala Berang (5.00 pm - 7.00 pm..singkat tapi best)
4) menjalankan kaji selidik untuk projek tahun akhir
- dapat banyak free gifts
- dapat belajar sesuatu tentang dunia perniagaan
5) riadah bersama rakan-rakan
- SESTER : bowling dan berenang
- SMKB & SKPBB : futsal
6) menjadi fotografer (Angah masuk TV)
- ASTRO Awani
- Nasi Lemak Kopi O
7) jalan-jalan cari makan di Kuala Terengganu
8) mengajar mengaji
Berikut merupakan beberapa foto sekadar untuk berkongsi untuk tatapan semua.
rumah ku syurga ku
mari mengaji al-Quran
'aku' di tv (ASTRO Awani)
Masjid Tengku Tengah Zaharah @ Masjid Terapung
bot nelayan di muara Kuala Ibai
selamat datang ke Belukar Bukit
dalam usaha menghidupkan bara
pemandangan indah di sana. Maha Suci Allah
add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Bapa
Jika dulu, sambutan hari ibu....pada hari ini pula, sambutan hari bapa pula disambut diseluruh dunia. Sesungguhnya, perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia adalah terletak kepada kepimpinan bapa.
Selamat hari abah kepada abah tercinta...Mohd Samsudin bin Ahmad yang juga baru sahaja menyambut ulang tahunnya yamg ke 50. Tidak lupa juga kepada bapa-bapa di seluruh dunia.
penulis dan abah pada hari raya tahun lalu
Sesungguhnya, hanya kejayaan dan doa anak-anak sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan insan yang bernama bapa.

Saturday, June 13, 2009
Ada apa pada 12 Jun??
Assalamualaikum dan salam sejahtera
12 Jun 2009 merupakan hari bersejarah buat penulis kerana hari berkenaan merupakan sambutan ulang tahun kelahiran abah penulis yang ke 50 tahun atau dengan erti kata lain...abah sudah mencapai usia setengah abad. Selamat ulang tahun abah dan selamat hari abah/bapa/ayah...
Sambutan ulang tahun kali ini juga lebih bermakna dengan majlis kesyukuran sempena siapnya rumah teres 2 tingkat yang terletak di Kuala Ibai. Rumah ini dibeli untuk tujuan jangka masa panjang dan mengikut perancangan, rumah ini akan disewakan.
Apa pun, biarlah gambar-gambar di bawah menceritakan suasana pada hari itu...
aktiviti orang dewasa (mok tua, long, abah)
aktiviti bebudak / budak-budak / kanak-kanak
tolong sekadar yang mampu..ada bakat tak?
makan-makan @ santap
makan colek pulak
kek paling besar pernah dibeli dalam sejarah keluarga ini
atur cara potong kek..hmm..tp tengok mcm 25 tahun je...
sila beratur....jangan berebut ye anak-anak
rumah yang bakal disewakan
geng2 sester (mujib & kema)
geng smkb (syed, halim, edy)
sekian dulu untuk kali ini....

Sunday, June 7, 2009
Terbaru dari ku....
Assalamualikum dan salam sejahtera...
Sedikit coretan dariku...
Balik Kampung
Alhamdulillah...penulis akhirnya tiba juga di kampung halaman pada 6/6/09 setelah hampir sebulan berkampung di UPM sedangkan ketika ini cuti semester telah bermula. Penulis tidak perlu bersusah payah untuk membeli tiket bas kerana penulis menumpang kereta Along yang kebetulan ada di Kuala Lumpur. Kedatangan Abang Lan, Kak Ina, Syafikah dan Syakila memeriahkan suasana balik kampung kali ini. Kesempatan yang ada dihabiskan masa untuk bermain dan menjaga si budak comel, Syakila.Penulis juga berharap dapat menghabiskan bacaan novel-novel yang diperoleh daripada seorang rakan dan yang dipinjam daripada Cipot.
Projek Tahun Akhir
Penulis bersyukur kerana persiapan untuk projek iaitu menyediakan soalan-soalan kaji selidik telah berjaya disiapkan. Idea yang datang mencurah-curah semasa proses penghasilan soalan banyak membantu dalam menyiapkan soalan dalam masa yang terhad. Terima kasih juga kepada Dr. Nitty, penyelia projek yang banyak membantu dalam memperbetulkan dan memurnikan soalan-soalan yang dihasilkan. Selepas ini, penulis perlu bekerja keras untuk menyiapkan projek di kampung halaman pula. Kepada rakan-rakan yang lain, selamat menjalankan projek masing-masing. Hadapi segala dugaan dengan senyuman.
Majlis Perwakilan Pelajar
Ketika ini, MPPUPM menganjurkan program Berilmu Berbakti 2 di Kolej 13. Program ini berbentuk kem motivasi untuk pelajar sekolah rendah yang bakal menghadapi UPSR. Namun demikian, penulis hanya berkesempatan untuk bersama-sama dengan adik-adik selama 1 hari sahaja disebabkan terpaksa pulang ke kampung halaman. Selain itu, MPPUPM juga mempunyai program utama yang akan dilaksanakan pada semester hadapan. Program yang dinamakan "Satu Hati, Satu Inspirasi" (SEHATI) ini mendapat kerjasama daripada KPT dan KBS dan akan berlangsung pada bulan Julai dan Ogos kerana program ini mempunyai 3 fasa perlaksanaan. Penulis diamanahkan untuk membantu Shidi, Pengarah Program.
Selain membuat perancangan program semester hadapan, MPPUPM juga telah menggerakan jentera kebajikan semasa cuti di mana setiap MPP fakulti dan bebas akan mengadakan perbincangan dan mesyuarat bersama dengan pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) yang berkaitan. Insyallah, segala cadangan penambahbaikan untuk kebaikan pelajar telah diusulkan kepada pihak yang berkaitan.
Penulis juga berkesempatan untuk menghadiri Konvensyen MPP Kebangsaan di UTHM di mana perkongsian ilmu dan pencambahan idea dijalin. Selain mendapat pengalaman baru, penulis juga berkesempatan untuk mengukuhkan networking melalui jalinan persahabatan dengan rakan-rakan MPP di seluruh negara. Antara pengalaman yang tidak akan dilupakan adalah mengimbas kembali peristiwa kekeliruan yang dihadapi oleh rakan-rakan penulis dalam membezakan Fahmi dan Fikri. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Fahmi merupakan abang penulis yang juga merupakan ahli MPPUIA.
barisan MPPUPM
bersama Dato' Saifudin Abdullah
Sekian untuk kali ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)