add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Monday, April 20, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman penulis menyertai PBAKL pada hari pertama pembukaannya pada 17 April 2009. Seperti tahun-tahun sebelumnya, penulis tidak melepaskan peluang mengikutinya secara langsung. Walaupun penulis bukanlah seorang pembaca tegar, namun minat membaca tetap tersemat di hati.

Namun, penulis mempunyai beberapa persoalan mengenai tabiat pembacaan di kalangan orang kita. Penulis mendapati terdapat begitu banyak pengunjung di aras 1 PWTC. Apabila penulis melangkah ke aras 2, sambutan pengunjung tidak menggalakan seperti di aras 1. Ini kerana, penulis berpendapat bentuk pameran buku di aras 2 adalah dalam kategori penulisan berat dan berbentuk ilmiah. Penerbit buku yang menguasai aras 2 adalah kebanyakkannya dari luar negara. Jika dilihat paten di aras 1, penulisan dan penerbitan buku adalah keluaran tempatan, lebih santai dan bacaaan ringan.

Persoalan bermain di fikiran, kenapakah situasi ini terjadi?berapa ramai penulis buku ilmiah tempatan berbanding keluaran luar? Adakah rakyat Malaysia membeli dan membacanya? Adakah penerbit tempatan sudi menerbitkan buku?

Hakikat jumlah penulisan buku ilmiah di negara ini masih berkurangan berbanding negara membangun lain. Pernyataan dibuat bekas Timbalan Naib Canselor Kajian Akademik Universiti Malaya (UM), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, Jun tahun lalu yang menyatakan penulis buku ilmiah di Malaysia masih kurang. Tidak ramai penulis akademik dan ini menunjukkan kurang minat kesarjanaan yang tinggi. Katanya lagi, kajian menunjukkan lebih 80 peratus pensyarah menghasilkan sekurang-kurangnya satu penerbitan sepanjang hayat akademik tetapi hanya satu pertiga berhasil menerbitkan penerbitan ilmiah. (Berita Harian)

Penulis tidak menyalahkan para pembaca sekalian kerana penulis juga mempunyai persepsi dan sikap yang sama. Ini terbukti selepas hampir 2 jam meronda-ronda di PWTC, akhirnya penulis mengambil keputusan untuk membeli sebuah novel Semakin aku berfikir Allah Semakin ada karya Lalu Mohamamad Zaenudin dan juga majalah terbaru berkonsepkan kerohanian, SOLUSI. Buku ilmiah???

Kenapa hal ini terjadi? Secara jujurnya, penulis berpendapat kos untuk membeli sebuah buku ilmiah adalah mahal berbanding dengan bacaan ringan. Tidak dapat dinafikan, bayaran yang dikenakan adalah setimpal dengan hasil penulisan yang berkualiti dan bermutu. Namun, apakan daya, penulis masih lagi tidak mampu melakukan pelaburan yang besar untuk tujuan itu. Namun demikian, penulis salute kepada para pembaca di usia penulis yang berani dan sanggup melakukan pelaburan yang besar semata-mata untuk tujuan murni ini.

Mudah-mudahan, penulis diberikan kekuatan untuk melakukkannya suatu hari nanti. Apa yang penting, semangat membaca perlu disemai dalam diri masing-masing waima membaca surat khabar sekali pun. Isu-isu semasa perlu sentiasa diketahui supaya kita tidak menjadi seperti katak yang terkurung di dalam tempurungnya.

4 comments:

  1. hurm..saya setuju..
    mmg pun ramai yang tak gemar membaca buku2 ilmiah..
    bgt juga saya satu ketika dulu..
    tapi, rasanya kita perlu buat satu anjakan pada diri..
    sampai bila xnak baca buku2 ilmiah...sedangkan pembacaan bhn2 begini, sangat bermnafaat untk kita..
    tp, itula masyarakat kita...
    tambanhan generasi muda ni...
    bhn2 ilmiah xnak baca, tp bahan2 yang blh merosakkan ketajaman akal xsayang pulak nak buat pelaburan..:-(
    hurm..mgkn blm ada kesedaran...

    ReplyDelete
  2. buku ilmiah di level 3 kan

    time patik pergi, kawasan tu packed gila..sesak smpai rasa lemas

    kawan2 laen yang pergi hari laen sume said the same.

    maybe time pnulis pergi, orang tgah kerja dan sekolah? :)

    wallahu'alam

    ramai sgat senanya yang ada kesedaran untuk bacaan ilmiah..ramai. I have lots of frens yang camtu :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. kemeriahan pesta buku antara petunjuk kesediaan dan keazaman kita untuk menjadi masyarakat ilmu yang tulus biarpun pasaran industri perbukuan di Malaysia dari segi statistiknya masih kecil dan jumlah terbitan buku tempatan jauh lebih rendah berbanding Jepun dan Amerika Syarikat dari segi perkapita.

    Namun, penulis berharap di sebalik kekecilan itu tersembunyi hasrat dan jiwa besar dan unggul untuk menjadi bangsa maju berteraskan budaya dan nilai ilmu. :D

    ReplyDelete