Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulis bergitu teruja untuk menyaksikan peristiwa yang berlaku di Davos, Switzerland semasa persidangan World Economy Forum (WEF) yang memperlihatkan belang seorang pemimpin yang lantang menempelak Israel selepas diberitahu mengenai peristiwa itu semalam. Lantas, pada pagi ini penulis membuka laman YouTube untuk menyaksikannya sendiri drama di pentas persidangan.
Selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres, beliau bertindak keluar dari persidangan ketika ia sedang hangat berdebat mengenai serangan Israel ke atas Gaza. Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, lantang berhujah selama 25 minit. Beliau dengan bergayanya meninggalkan pentas yang membariskan ahli-ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa (sempat lagi bersalam)
Pada kaca mata penulis, beliau telah berjaya menzahirkan pendirian umat Islam dan pencinta keadilan yang mengutuk kekerasan Israel di bumi Gaza. Beliau telah menunjukkan sikap tegas sebagai seorang pemimpin yang menzahirkan pendirian dunia di pentas yang tepat sekaligus memberi harapan baru ditengah-tengah kelesuan pimpinan Arab dan dunia Islam masa kini.
http://www.youtube.com/watch?v=o4rXym7zsso
Takbir !
ReplyDeleteMoga Kelantangan PM turki membuka mata pemimpin2 ISlam yang lain utk Terus memberi tekanan kepada ISRAEL dan sekutu2nya...
wahh..memang syabas la erdogen tu!!
ReplyDeletetabik springg!!
SALAM...
ReplyDeleteanda perlu menjadi berani seperti edorgan...
jangan belajar menipu... sekali menipu,ia akan menjadi menjadi tabiat.
berani berkata benar untuk Islam, jangan mudah menurut.. pasakkan prinsip ynag ada dalam diri kerana ALLAH, bukan kerana dunia, kerana hal2 dunia ini akan ditinggalkan apabila kita mati. Ingat, amanah yang sedang dipikul ini, akan ditanya oleh Allah adakah kita jalankan dengan sebaik-baiknya atau sekadar memakan duit dan hak orang yang tidak berdosa yang mahu berjihad di jalan Allah (belajar). Semoga kita muhasabah diri, baut kerja unutk Islam, bukan untuk MANUSIA yang penuh dengan sifat2 mazmumah (tipu)....
Wallahua'lam.