add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Wednesday, January 7, 2009

Sepurnama Usiaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdullilah, pada hari ini genaplah tempoh sebulan penulis berkecimpung dalam bidang penulisan blog. Setakat ini, sehingga jam 9.30 pagi, sebanyak 1330 pengunjung telah sudi menjenguk dan melawat blog penulis. Suatu angka yang agak besar bagi penulis dalam tempoh sepurnama ini sekaligus menjadi titik tolak dan pembakar semangat kepada penulis agar terus istiqamah berkarya. Jadi di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang telah menyokong pembabitan penulis dalam bidang penulisan blog ini.

Terima kasih juga di atas pandangan, cadangan, kritikan, nasihat, sokongan moral dan tunjuk ajar daripada kalian semua. Insya-Allah, medium blog ini akan menjadi 'batu loncatan' kepada penulis untuk terus merencana idea melalui bentuk penulisan bagi menzahirkan pendapat, berkongsi pandangan dan juga sebagai ejen sebaran dakwah kepada para pembaca sekalian.

Sebelum penulis mengundurkan diri, penulis berharap agar para pembaca terutama rakan-rakan penulis dapat memanafaatkan peluang dan menggunakan ruang yang tersedia dalam era IT yang serba canggih ini untuk kita sama-sama mewujudkan blog peribadi. Semoga perkongsian idea dan pandangan serta penjanaan pemikiran kritis dapat diwujudkan di kalangan kita suatu hari nanti melalui media alternatif ini.

1 comment:

  1. tahniah...
    teruskan usaha...
    semoga niat murni anda mewujudkan dan menulis blog ini sentiasa dlm pemeliharaNYA...
    goodluck...
    buatla ape yg termampun untuk agama,bangsa dan negara...
    yakinla bahawa anda insan yg telah dipilih ALLAH untuk melakukan apa yg terbaik untuk dilakukan...
    salam...

    ReplyDelete