add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Wednesday, October 26, 2011

Ada apa di Bulan Oktober?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maaf sebab dah lama jarang menulis. (Terima kasih kepada Mohd Razik yang mengingatkan) Entry kali ini akan menceritakan peristiwa yang bermakna pada bulan Oktober 2011 untuk perkongsian dengan para pembaca sekalian. Bagi aku, bulan Oktober meninggalkan banyak moment yang indah. Anda pula bagaimana?

1) Majlis Pertunangan Ahmad Fikri & Alia Farhana (8/10/2011-Ahad)

Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung di rumah keluarga Alia di Batu Caves. Terima kasih kepada keluarga tunang kerana sudi menerima rombongan kami. Penghargaan juga kepada saudara mara di Kuala Lumpur mahupun yang datang Terengganu kerana telah menjayakan majlis ini. Coming soon ~ ? Februari 2012! ~hehe~


tunang....bla bla bla....kahwin....bla bla bla....hantaran....bla bla bla...SETUJU!

7 hantaran daripada pihak lelaki

dibalasnya 9 hantaran oleh pihak perempuan

~ mama dengan bakal menantunya ~

2) Majlis konvokesyen Angah di Universiti Islam Antarabangsa (9/10/2011-Isnin) dan Balqis (10/10/2011-Selasa)
Tahniah kepada kembarku (B. Economics) dan tunangnya Raja Nurul Balqis (Sains Politik) sebab secara rasminya dah bergelar graduan UIA. Em, bila sebut je majlis konvo nih, teringat pulak waktu konvo tahun lepas di UPM. Antara kenangan terindah bergelar mahasiswa. ~ Sweet memory ~

family potrait

konvo day

3) Majlis Konvokesyen Alia Farhana di UPM (16/10/2011- Ahad)

Tahniah dan syabas kepada tunangku di atas kejayaan bergraduat dengan cemerlang di UPM sehingga dianugerahkan Pingat Institut Pertanian Malaysia (AIM), anugerah graduan terbaik keseluruhan peringkat Bachelor Fakulti Pertanian. Semoga penganugerahaan ini membakar semangat untuk lebih berjaya menamatkan PhD nanti.

para pemenang anugerah Fakulti Pertanian

bersama keluarga

batch Bachelor Sains Pertanian 2011

5) Final Piala Malaysia Terengganu vs Negeri Sembilan (28/10/11)

Berkesempatan hadir ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia. Mampu berpuas hati walaupun keputusan perlawanan tidak memihak kepada Terengganu. Sang Penyu ditanduk Rusa 2 kali dan mampu bertelur sebiji sahaja.


6) Didiagnose untuk jalani pembedahan gigi bongsu

Rutin tahunan aku adalah menjalani pemeriksaan gigi di klinik Hiliran 2 kali setahun. Kebetulan pula sejak dua menjak nih selalu sakit gigi. Nak dijadikan cerita, setelah di x-ray, Dr mengesahakan aku menghadapi gigi terimpak bermasalah tahap partial eruption. Aku bakal menjalani pembedahan pada 10.11.11 (Khamis). Berdebarnya rasa sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.

Sekian dulu. Selamat datang bulan November ~ 1/11/11

Thursday, January 6, 2011

I'm Back!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1) MAAF : Maaf kepada para pembaca kerana sudah lama tidak menyelenggara blog ini. Semuanya disebabkan oleh kelemahan diri sendiri. Sempena kedatangan tahun baru 2011, saya akan membuat perubahan dari aspek penulisan berbanding tahun sebelumnya.

2) TAHUN BARU 2011 : Belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

3) AZAM 2011 : Pastinya, setiap daripada anda mempunyai azam tersendiri. Sebaiknya, kita mempunyai sasaran jangka masa panjang, sederhana dan pendek. Moga-moga, perancangan kita akan terlaksana hendaknya, Insyallah.

4) PERISTIWA 2010 : Bercakap mengenai tahun 2010, sudah pasti banyak peristiwa yang menarik, suka dan duka yang telah kita tempuhi. Jika berpeluang, saya akan corertkannya dalam tulisan akan datang.

5) KERJAYA : Alhamdulillah, hampir 8 bulan saya bekerja di PK Fertilizers Sdn Bhd. Saya berharap dapat menyumbang keuntungan untuk syarikat ini bagi pasaran Pantai Timur. Apa yang penting adalah untuk memaksima potensi diri dalam menghadapi cabaran mendatang.

Tuesday, June 1, 2010

Terbaru dariku

Assalamualiakum dan salam sejahtera.
Percutian 1Malaysia
Alhamdulillah...baru-baru ini, penulis telah mengikuti Program Eksplorasi Budaya di Bawah Bayu di Sabah anjuran kelab QKB Budaya UPM bermula 16/5/2010 - 25/5/2010. Percutian selama 10 hari di Sabah merupakan suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan penulis dan ianya melengkapkan percutian penulis ke seluruh Malaysia.
Di sana, penulis dan rakan-rakan berpeluang merantau hampir keseluruhan negeri Sabah. Antara tempat-tempat yang dilawati penulis adalah Kota Kinabalu, Semporna, Tawau, Sandakan, Ranau dan Kundasang. Setiap tempat yang dilawati mempunyai keistimewaannya yang tersendiri merangkumi keunikan budayanya serta keindahan flora dan fauna. Jika diberi kesempatan, penulis ingin melawat lagi ke sana.
Techno-Commercial Executive?
Alhamdulillah, penulis telah diberi petunjuk olehNya untuk memilih kerjaya di sebuah syarikat penghasilan/pengedaran baja dan bahan kimia dengan menjawat jawatan sebagai Techno-Commercial Executive. 1 Jun 2010 (post ini ditulis) merupakan hari pertama penulis mula bekerja. Selepas taklimat, penulis difahamkan akan beroperasi di Kuala Terengganu memandangkan syarikat ingin mengembangkan operasinya di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Kerjaya ini berkait rapat dengan pemasaran baja dan bahan kimia untuk pertanian bagi tanaman kelapa sawit, padi dan juga tembakau.
Penulis berharap dapat mengharungi cabaran, ujian dan halangan sepanjang mengharungi alam kerjaya ini. Doakan penulis. Terima kasih

Tuesday, May 11, 2010

Alam Baru : Memilih Dunia Kerjaya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana telah dikurniakan rezeki daripada-Nya yang melimpah ruah. Sesungguhnya, nikmat yang diberikan oleh-Nya merupakan suatu yang begitu berharga.

Sebelum menamatkan dunia praktikal, penulis dan rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah mempunyai sasaran dan perancangan untuk berkerja setelah sahaja tamat latihan praktikal sebelum menunggu konvokesyen yang akan berlangsung pada 9-13 Oktober 2010. Justeru itu, penulis telah memohon jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat dan badan kerajaan.

Permohonan penulis telah diterima oleh PK Fertilizer (syarikat baja) dan Perbadanan Putrajaya. Penulis diminta untuk hadir ke temuduga pada 3 Mei 2010 (PK Fertilizer) dan 10 Mei 2010 (Perbadanan Putrajaya). Alhamdulillah, penulis diterima untuk mengisi jawatan sebagai Techno Commercial Exsecutive di PK Fertilizer manakala untuk jawatan Pegawai Pertanian (sambilan) di Perbadanan Putrajaya, penulis masih tidak mendapat maklum balas daripada pihak perbadanan. (saingan sengit kerana 6 calon yang hebat-hebat).

Sehingga penulisan ini dibuat, penulis masih tidak dapat membuat keputusan muktamad untuk memilih kerjaya yang sesuai oleh kerana setiap jawatan yang ditawarkan kepada penulis menawarkan inisiatif yang baik dan mempunyai kelebihan tersendiri. Penulis berharap dapat mebuat keputusan pada 13 Mei ini.

Di kesempatan ini penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga, orang tersayang dan rakan-rakan yang menyokong dan memberi semangat kepada penulis dalam menghadapai cabaran baru ini.

Doakan kejayaan penulis....


Tuesday, March 23, 2010

Ku Kembali Bernafas =)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah bersawang sudah laman ini. Maaf dipohon kepada pembaca sekalian yang ternanti-nanti perkembangan semasa penulis. Bukan kerana tidak mempunyai masa...juga bukan kerana tidak mempunyai idea untuk dikongsi....tetapi mungkin kerana kelemahan diri sendiri yang membataskan segala-galanya.

Dunia Praktikal
Kali ini, penulis ingin berkongsi pengalaman praktikal dengan para pembaca semua. Alhamdulillah, sekarang ini penulis sedang mengikuti latihan industri di Terengganu Agrotech Development Sdn. Bhd. (TADC), Kuala Terengganu.

Sesungguhnya banyak ilmu, pengalaman dan perkongsian yang bermakna untuk menempuhi alam pekerjaan diperoleh sepanjang hampir 4 bulan di sini. Ilmu dalam bidang pertanian yang dipelajari semasa di universiti dapat diaplikasikan sepenuhnya melalui pendedahan secara praktikal dan lawatan berjadual setiap minggu ke projek-projek yang diusahakan oleh pihak TADC.

Antara projek yang diusahakan adalah tanaman rock melon, ternakan ikan air tawar di Tasik Kenyir, tanaman jagung di Kuala Ping dan projek kultur tisu di Ajil. Sekalung penghargaan terima kasih kepada penyelia, pegawai staf TADC dan rakan praktikal lain yang banyak membantu dalam menjayakan latihan industri ini.

SNAP SHOT

tempat favorite penulis di Tasik Kenyir

ikan yang kelaparan

bawak bot, tp xde lesen

harvest buah rock melon 3.5 tan!!!

melawat ladang peserta TADC

membajak piring di ladang jagung

di pejabat TADC

Dr Norida (pensyarah pelawat) dan En Ashraf (penyelia)

Sunday, November 29, 2009

Memoriku di bulan November

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah sekian lama tangan ini tidak mencoretkan sesuatu dalam KEMBARAKU ini. Justeru, penulis ingin coretkan kenangan yang berlaku sepanjang bulan ini untuk perkongsian dengan para pembaca. Ada di antaranya yang mengujakan, penuh cabaran, dugaan, kegembiraan, suka dan duka.

Pada bulan ini juga, terdapat tarikh penting yang tidak akan dilupakan iaitu pada 7/11/...15/11...20/11...25/11. Tarikh ini memberi sejuta makna kepada diri ini tentang erti kehidupan yang membahagiakan.

Berikut peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ini...bulan yang MENGGILAKAN.

Sambutan Hari Lahir ke 22 (13 Nov 2009)

kek birthday yang best

Terima kasih kepada sahabat MPP...Razik, Ccylia, Shidie, Syamsul dan Shamirul atas sambutan birthday party pada 13 Nov di Pizza Hut Alamanda ....Alhamdulillah, sambutan kelahiran penulis ini tidak diraikan dengan 'ganas dan lakonan' daripada rakan-rakan. Terima kasih kepada Razik (sudi belanja) dan CC yang mengatur sambutan ini. Sungguh bermakna. Thanks...

Pembentangan Projek Tahun Akhir (16 Nov 2009)


Alhamdulillah....projek yang bertajuk Supply Chain Activities in Fish-based Products in Kuala Terengganu dapat disiapkan dan dibentangkan hasil kajian di hadapan para pensyarah dan tutor pada 16 Nov. Insyallah, draft akhir penulisan tesis akan disiapkan tidak lama lagi. Terima kasih kepada penyelia projek, Dr. Nitty dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.

Kembara Bumi Kenyalang (16-19 Nov 2009)

Alhamdulillah, penulis telah ke berpeluang ke Bumi Kenyalang pada tahun ini sebanyak 2 kali. Pemergian kali ini berbeza kerana disertai rakan-rakan "sekepala" yang lain (Din, Aisyah, Nadia dan Zimah). Tiket penerbangan Air Asia dibeli sejak Januari lagi (RM70 : pergi-balik). Terima kasih kepada Cipot sekeluarga kerana sudi melayan kami sepanjang 3 hari di sana. Jom Zoom Sarawak~~

Kg. Budaya Sarawak

membuat pasu...ada bakat x?

Waterfront di waktu malam

Kucing di Kuching

Muzium Sarawak

melihat pemandangan Bandaraya Kuching

Dewan Bandaraya

pantai dan Gunung Santubong

Muzium Kucing

ikan terubok di Pasar Satok

waterfront

Kembara Motosikal PBC1482 (20 Nov 2009)

Sekembalinya dari Sarawak, penulis berkonvoi bersama abah dan mama (kereta) pulang ke Kuala Terengganu pada 20 Nov. Barang-barang keperluan sepanjang 7 semeseter berada di UPM dibawa balik ke rumah dengan kereta Perdana V6 manakala motorsikal Ex-5 akan dinaiki penulis memandangkan penulis akan menjalani praktikal di Kuala Terengganu sebelum bergraduat.

Info perjalanan KL-K.Terengganu :
- 390km
- petrol berharga RM 22.80
- masa perjalanan 8.30 pagi - 4.00 petang.

Alhamdulillah, penulis berjaya sampai walaupun mengharungi perjalanan yang mencabar (hujan lebat, kenderaan yang banyak, permukaan jalan yang berlubang dan berair). Ini merupakan konvoi bermotor kali kedua oleh penulis.

PBC1482

Eksplorasi Budaya Darul Iman 2 (Kg. Gong Baru & Tasik Kenyir)

Penulis berkesempatan untuk menyertai program anjuran Kelab QKB Budaya, UPM iaitu kelab yang pernah disertai penulis ketika di tahun pertama. Program yang disertai penulis adalah Lawatan Muhibah ke Kg. Gong Baru (kampung penulis) pada 20 Nov dan Jelajah Tasik Kenyir 21-22 Nov. Ucapan terima kasih kepada penganjur program yang sudi singgah di kediaman penulis.

peserta dan JKK Gong Baru di Teratak Desa

peserta di rumah penulis

Tasik Kenyir

berkayak dalam hujan

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Alhamdulillah, hari raya aidiladha kali ini jatuh pada hari kelahiran Along yang ke 25 tahun. Maka, jamuan sempena meraikannya dibuat memandangkan abah dan along mengambil bahagian dalam korban pada tahun ini.

pagi raya

Allahuakhbar!!!

sesi melapah

antara tetamu yang hadir

Thursday, November 12, 2009

22 tahun??

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih diberi kesempatan untuk terus hidup di dunia ini. Semoga dengan peningkatan umur ini dapat mematangkan diri seiring dengan peningkatan usia. Sesungguhnya, dugaan dan ujian mendatang terlalu mencabar untuk diharungiku berseorangan.

Syukur juga kepadaNya kerana telah menganugerahkan 'hadiah' yang tidak ternilai kepadaku sempena hari kelahiranku yang ke 22. Sesungguhnya, tanggungjawab dan amanah ini akan ku laksanakan sebaik mungkin dalam usahaku untuk mendekatkan diri ini kepadaMu, Insyaallah.

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian semua. Hanya Allah yang mampu membalasnya.