add us on facebook http://www.facebook.com/pages/Redang-Island-Malaysia/221443514558520

Tuesday, June 1, 2010

Terbaru dariku

Assalamualiakum dan salam sejahtera.
Percutian 1Malaysia
Alhamdulillah...baru-baru ini, penulis telah mengikuti Program Eksplorasi Budaya di Bawah Bayu di Sabah anjuran kelab QKB Budaya UPM bermula 16/5/2010 - 25/5/2010. Percutian selama 10 hari di Sabah merupakan suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan penulis dan ianya melengkapkan percutian penulis ke seluruh Malaysia.
Di sana, penulis dan rakan-rakan berpeluang merantau hampir keseluruhan negeri Sabah. Antara tempat-tempat yang dilawati penulis adalah Kota Kinabalu, Semporna, Tawau, Sandakan, Ranau dan Kundasang. Setiap tempat yang dilawati mempunyai keistimewaannya yang tersendiri merangkumi keunikan budayanya serta keindahan flora dan fauna. Jika diberi kesempatan, penulis ingin melawat lagi ke sana.
Techno-Commercial Executive?
Alhamdulillah, penulis telah diberi petunjuk olehNya untuk memilih kerjaya di sebuah syarikat penghasilan/pengedaran baja dan bahan kimia dengan menjawat jawatan sebagai Techno-Commercial Executive. 1 Jun 2010 (post ini ditulis) merupakan hari pertama penulis mula bekerja. Selepas taklimat, penulis difahamkan akan beroperasi di Kuala Terengganu memandangkan syarikat ingin mengembangkan operasinya di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang). Kerjaya ini berkait rapat dengan pemasaran baja dan bahan kimia untuk pertanian bagi tanaman kelapa sawit, padi dan juga tembakau.
Penulis berharap dapat mengharungi cabaran, ujian dan halangan sepanjang mengharungi alam kerjaya ini. Doakan penulis. Terima kasih